Home
Peta Lokasi
Menarik
Kadar Sewa
Contact
Tempat-Tempat Menarik Sekitar D'Bayu Homestay
ZON KRAFTANGAN DAN INDUSTRI DESA (COTTAGE)
Songket
Perusahaan menenun kain songket diusahakan sebagai perusahaan “cottage” yang mana ianya dijalankan di rumah pengusaha sendiri dengan menggunakan tangan serta alat-alat tradisional. Penghasilan songket terdapat di Kampung Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan. Ia dikenali sebagai “pakaian emas” songket pernah digunakan oleh golongan kerabat D’Raja dan dipakai bersama perhiasan emas dan perak pada majlis keramaian dan perkahwinan.(
8km Dari D'Bayu homestay
)
Batik
Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di Negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Negeri Kelantan kaya dengan hasil seni batik dan terkenal dengan perusahaan mencanting batik. Kain-kain batik umumnya diperbuat di atas kain-kain putih yang dibuat daripada benang-benang biasa seperti kain-kain cambric, lawn dan voile serta sutera. Batik juga mempunyai corak yang unik dan berlainan serta dihasilkan dengan pelbagai teknik iaitu canting dan pukul bagi menyerlahkan kecantikannya.(
Sekitar D'Bayu Homestay
)
Seni Ukir
Orang Melayu Kelantan amat kaya dengan seni ukir seperti ukiran kayu, emas, perak dan tembaga. Salah satu seni ukir yang termashyur di Kelantan ialah seni ukir perak. Produk perak dan pewter terkenal dengan kehalusan seni dan ketulenan rekabentuk seperti kerongsang, mangkuk dan perhiasan rumah. Setiap ukiran pada keris mempunyai makna-makna tertentu. Perusahaan mengukir ini dijalankan di Kampung Badang. (
5
km Dari D'Bayu homestay
)
Wau
Wau yang berasal dari Kelantan telah menjadi ikon yang terkenal di seluruh negara. Wau Bulan adalah antara wau yang paling menarik dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Kelantan kerana ukiran dan rekabentuk yang cantik dan direka indah. Perusahaan membuat wau terletak di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan dan Kampung Badang, Jalan Kuala Besar.(
5
km Dari D'Bayu homestay
)
Jagung
Jagung ditanam secara kecil-kecilan di Kampung Penambang dan dijual di tepi jalan. Keistimewaannya adalah terdapat sebanyak 14 gerai menjual jagung sepanjang jalan di Kampung Tikat. Ia juga direbus di gerai jualan bagi menarik lagi pelanggan untuk datang ke gerai tersebut kerana ia dapat dinikmati panas-panas.(
7km Dari D'Bayu homestay
)
Keropok
Keropok merupakan makanan kegemaran masyarakat Pantai Timur. Selain itu kaedah memperoses keropok yang dibuat di Negeri Kelantan berbeza berbanding negeri-negeri lain. Antara tempat-tempat membuat keropok di Kelantan ialah Kampung Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar. Keropok diperbuat daripada ikan-ikan yang segar. Terdapat pelbagai jenis keropok seperti keropok lekor, keropok keping, keropok segera dan pelbagai lagi.(
4km Dari D'Bayu homestay
)
Ikan Segar
Terdapat 2 tempat pendaratan dan jualan ikan segar di Zon Warisan ini iaitu Pasar Gok Kapor bagi nelayan kecil dan LKIM Kuala Besar bagi nelayan laut dalam. Waktu pendaratan dan jualan ikan segar bermula pada pukul 5 petang hingga 8 malam.(
7
km Dari D'Bayu homestay
)
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)